Thanks because join my site.

Share

Widgets

Tuesday, June 18, 2013

Jeikai

Assalammualaikum…

Hai awak! Yee, awak yang sedang membaca tu la. Hai hai! Bye bye! Hihi. Apit ada beberapa soalan nak tanya ni, bole? Tapi bila apit tanya, mesti apit akan bagi korang jawapan. Jadi cubalah teka berapa banyak soalan dalam entry apit kali ni. OK.

Ada sesiapa tahu tak tentang Digi Wwwow Awards? Digi mesti korang tahu kan? Tipulah kalau cakap tak tahu langsung. Paling kurang pun korang mesti terbayang imaging dalam kepala hotak benda kuning-kuning. Maknanya otak korang aktif la tu kalau dapat bayangan. Bukan taik gigi lah! Tak tahu, search!

Pasal Digi Wwwow Awards tu, blog apit ada masuk dalam kategori Blogger of The Year by Nuffnang. Vote apit, klik sini. Tamat pada 23Jun ni.

Jeikai. Tahu ke apa tu? Mungkin ada yang dah tahu dan confirm ramai yang belum tahu. Hehe. Itulah nama yang diberi untuk telefon pintar kesayangan apit. Alaa… Yang orang selalu duk sebut Android android tu, inilah dia antaranya. Jeikai apit berasal dari Sony Ericsson dan berketurunan Xperia. Lepas ni mesti ada yang cakap, ‘’untunglah handfone baru’’. Chop! Baru ke? Dibeli pada 12hb Mei 2013. Haaa… Dah sebulan lebih, kira tak baru dah la tu. Lain la kalau 2,3 hari.


Handfone ni menjadi pilihan apit kerana jeng jeng jeng! Pertama, screen. Screen berukuran 10.2cm lebih besar dan lebih jelas resolution’nya. Kedua, kamera yang cantik. 5MegaPixel *Hehe. ‘’Oi, hang pakai phone nak contact orang ke nak meroyan!’’. Biarlah, phone apit, suka hati la. Gambar clear bila snap. Apa lagi, instagram ler. Hihi *tapi kalau tak ada internet, tak jalan jugak. Belajar juga lebih senang untuk memperolehi nota. Snap!


Ketiga, touching touching. Bukan awek touching… Touch Screen. Macam syok je skrin sesentuh. Sentuh je sensitip! Sebijik macam awek tengah merajuk. Sentuh je, tolak. Sentuh je, tolak. Patutnya jangan sentuh, bukan muhrim. Sentuh la handfone korang, mesej si dia. Walaupun dekat, sekurang-kurangnya dia boleh baca apa korang nak cakap dari korang tak lepas nak cakap or berlawan cakap. Skrin sesentuh, seronok untuk melayari internet dan bermain games. Ia juga memudahkan kerja, satu lagi kebaikan skrin sesentuh ini. Orang ramai amat sukar untuk sentuh dengan betul jika menaiki motosikal. Itu dapat mengurangkan risiko kemalangan. ‘’Nak mesej, berenti tepi jalan la bro!’’


Keempat, bentuk design’nya yang ergonomik. Melengkung dipermukaan belakang, ia lebih mudah dipegang, digenggam hingga hancur berkecai. Sungguh selesa. Haha. Dan yang terakhir yang menjadi pilihan apit, perasaan. Apit dah jatuh cinta dengan handfone ni, sejak pertama kali memandangnya. Walaupun pilihan-pilihan diatas kebanyakkannya mempunyai persamaan dengan handfone-handfone lain seperti Samsung Galaxy or whatever. Sayu-sayu apit dengar orang bercakap, ‘’Poyolah hang ni.’’


Gulppp! Terhenti dari lamunan. Suka menyibuk diorang semua dekat rumah ni, tapi yang penting apit tahu mereka sayangkan apit. Itu pasal la suka menyibuk. Hehe. Esok kembali semula ke poli. Timba ilmu, timba baldi, timba lah segala yang mereka beri. Haa... sebelum tu tahu ke berapa banyak soalan dalam entry apit ni? 6 soalan jawapannya. Setiap soalan apit kasi jawapan. Taktahu la kalau apit salah. Hehe. Assalammualaikum.


No comments: