Thanks because join my site.

Share

Widgets

Tuesday, June 18, 2013

Jeikai

Assalammualaikum…

Hai awak! Yee, awak yang sedang membaca tu la. Hai hai! Bye bye! Hihi. Apit ada beberapa soalan nak tanya ni, bole? Tapi bila apit tanya, mesti apit akan bagi korang jawapan. Jadi cubalah teka berapa banyak soalan dalam entry apit kali ni. OK.

Ada sesiapa tahu tak tentang Digi Wwwow Awards? Digi mesti korang tahu kan? Tipulah kalau cakap tak tahu langsung. Paling kurang pun korang mesti terbayang imaging dalam kepala hotak benda kuning-kuning. Maknanya otak korang aktif la tu kalau dapat bayangan. Bukan taik gigi lah! Tak tahu, search!

Pasal Digi Wwwow Awards tu, blog apit ada masuk dalam kategori Blogger of The Year by Nuffnang. Vote apit, klik sini. Tamat pada 23Jun ni.

Jeikai. Tahu ke apa tu? Mungkin ada yang dah tahu dan confirm ramai yang belum tahu. Hehe. Itulah nama yang diberi untuk telefon pintar kesayangan apit. Alaa… Yang orang selalu duk sebut Android android tu, inilah dia antaranya. Jeikai apit berasal dari Sony Ericsson dan berketurunan Xperia. Lepas ni mesti ada yang cakap, ‘’untunglah handfone baru’’. Chop! Baru ke? Dibeli pada 12hb Mei 2013. Haaa… Dah sebulan lebih, kira tak baru dah la tu. Lain la kalau 2,3 hari.


Handfone ni menjadi pilihan apit kerana jeng jeng jeng! Pertama, screen. Screen berukuran 10.2cm lebih besar dan lebih jelas resolution’nya. Kedua, kamera yang cantik. 5MegaPixel *Hehe. ‘’Oi, hang pakai phone nak contact orang ke nak meroyan!’’. Biarlah, phone apit, suka hati la. Gambar clear bila snap. Apa lagi, instagram ler. Hihi *tapi kalau tak ada internet, tak jalan jugak. Belajar juga lebih senang untuk memperolehi nota. Snap!


Ketiga, touching touching. Bukan awek touching… Touch Screen. Macam syok je skrin sesentuh. Sentuh je sensitip! Sebijik macam awek tengah merajuk. Sentuh je, tolak. Sentuh je, tolak. Patutnya jangan sentuh, bukan muhrim. Sentuh la handfone korang, mesej si dia. Walaupun dekat, sekurang-kurangnya dia boleh baca apa korang nak cakap dari korang tak lepas nak cakap or berlawan cakap. Skrin sesentuh, seronok untuk melayari internet dan bermain games. Ia juga memudahkan kerja, satu lagi kebaikan skrin sesentuh ini. Orang ramai amat sukar untuk sentuh dengan betul jika menaiki motosikal. Itu dapat mengurangkan risiko kemalangan. ‘’Nak mesej, berenti tepi jalan la bro!’’


Keempat, bentuk design’nya yang ergonomik. Melengkung dipermukaan belakang, ia lebih mudah dipegang, digenggam hingga hancur berkecai. Sungguh selesa. Haha. Dan yang terakhir yang menjadi pilihan apit, perasaan. Apit dah jatuh cinta dengan handfone ni, sejak pertama kali memandangnya. Walaupun pilihan-pilihan diatas kebanyakkannya mempunyai persamaan dengan handfone-handfone lain seperti Samsung Galaxy or whatever. Sayu-sayu apit dengar orang bercakap, ‘’Poyolah hang ni.’’


Gulppp! Terhenti dari lamunan. Suka menyibuk diorang semua dekat rumah ni, tapi yang penting apit tahu mereka sayangkan apit. Itu pasal la suka menyibuk. Hehe. Esok kembali semula ke poli. Timba ilmu, timba baldi, timba lah segala yang mereka beri. Haa... sebelum tu tahu ke berapa banyak soalan dalam entry apit ni? 6 soalan jawapannya. Setiap soalan apit kasi jawapan. Taktahu la kalau apit salah. Hehe. Assalammualaikum.


Tuesday, May 21, 2013

Tiket


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Tiket tiket tiket… Itulah benda yang kita akan dapatkan terlebih dahulu untuk mara ke peringkat seterusnya bukan? Contoh kata-kata orang sastera, 9A merupakan tiket untuk melanjutkan pelajaran. *Heh! Padahal apit yang 1A ni pun boleh melanjutkan pelajaran. Hehe.

Sekarang ni orang tak kira sangat dah 9A ni boleh jamin dapat lanjut pelajaran ke tidak kan? Kalau ada 9A tapi malas dan tak ada usaha untuk sambung belajar.  Tak ada guna jugak kan? Gaji kerja pun orang kira takat pemalas jugak la, takat SPM. Orang pun pandang ciput je. Kalau dahulu time 90an tu, takat SPM orang memang respect la. Sekarang semua orang dah makin maju, so adik-adik ambil la peluang ni. Jangan malas macam apit ni. Hehe. Apit pemalas, tapi apit fikir jugak masa depan. Gaji ciput, anak bini nak makan apa. Ada rezeki tambah satu lagi bini. *Katop mulut

Tiket bas, tu la yang apit dapatkan sebelum dapat balik ke rumah sekarang ni. Malangnya, apit ketinggalan bas semasa berada di Stesen Bas Pudu, Kuala Lumpur. Bukan sengaja nak ketinggalan bas, cuma penjual tiket tu yang salah beritahu platform menunggu bas dekat apit. Terasa geram pulak bila diri dimainkan. Naik darah memang senang, nak turun pun senang tapi kena ada usaha la.


Lebih usaha pergi ambil air sembahyang(wuduk). Tunggu punya tunggu di platform salah tu, bas tak sampai-sampai. Yang peliknya orang di platform tu haluan sama dengan apit, waktu pun sama tapi bas mereka ditunda 3jam lagi. Jenuh menunggu, apit tak puas hati terus naik ke kauter tiket nak tanya. Tanya-tanya rupanya dah lepas. Masa bas tu berjalan, apit ada duk perhati je, rupanya tu bas yang apit patut naik.

Dah terlepas memang bertengkar la sikit. Yela kan, kita sebagai pengguna diorang buat begini. Mana tak geram. Lagi geramnya, orang yang berikan apit tiket sebelum ni entah hilang kemana. Jumpa dia, memang nak kena sound! Sabaq… sabaq… Nasib baik mereka bagi tempat extra untuk apit, tapi tiket kena bayar lagi sekali. Mahu tak mahu, kena bayar jugak la. Memang geram, dengan beg berat kita duk usung sana sini. Walaupun ada penghawa dingin tetap berpeluh jugak tau. Dugaan dugaan…

Harap korang semua jangan lah jadi macam apit ni. Beli tiket tu, korang tanya dia betul-betul. Biaq dia cuak sikit. Nak tahu bas mana? Tak payahlah, apit tak nak aibkan company orang. Setakat apit cerita pengalaman apit ni sudah la ye. Harap korang dapat ikhtibar dan pengajaran.


Tuesday, May 7, 2013

Now What?

Assalammualaikum warga blogger dan warga pengunjung semua.

Orang berbudi kita berbahasa, orang mengundi jangan ikut bangsa. Kalau ikut bangsa bila nak maju negara, kan kan? Ok! Habis cerita! Apit taknak blog apit kena banned, kena kutuk sebab cakap pasal politik. Umur pun tak cukup lagi, nak cerita pasal politik. Apit mana ambil port pasal politik-politik ni. Nanti dah masuk 21tahun baru serius, sekarang ni kita jelling-jeling usha-usha dulu. Ambil basic kata orang.

Sekarang ni apit tengah dalam percutian. Bukan percutian melancong tu, ni cuti semester lah. Cuti belajar, baru habis exam minggu lepas. Harap-harap semua selamat la. Janganlah ada yang gagal. Nanti kena repeat sakit oi! Macam-macam dah apit buat untuk exam ni, ikhtiar kata orang tua-tua. *Eh, macam-macam ek? Rasanya dok tidoq je. Ada satu time tu apit malas gila nak belajar so apa apit buat, tau? Apit ambil sehelai kertas A4, ambil marker comel atas meja, tulis-tulis sedarkan diri, pergi pinjam salotape bilik sebelah, haa! lekat kata-kata tu depan pintu almari. Kalau boleh, memang nak semua subjek score la. Semester pertama ni la nak score pun, nanti semester atas-atas dah makin extreme.



Haaa! Baca tu baru la pikiaq sikit pasal masa depan. Kalau tak pikiaq apa? Pikiaq awek je? Haish! Apit memang dah azam dalam diri sebelum masuk poli, apit nak belajar sungguh-sungguh bukan nak main-main. Tambah lagi apit dok tengok dalam poli tu ramai yang baru masuk tiba-tiba dah berpasangan. Hai, sekejap benor hangpa ayat. Nampak sangat senang dapat. Terror, Terror.

Haa… cakap pasal awek. Meh apit nak cerita sikit pasal sorang perempuan ni. Hehe, panggil ‘’perempuan’’ la. Panggil ‘’awek’’ rasa macam tak berapa ok pulak. Apit dekat poli sana manalah ada kawan perempuan. Hajat nak berkawan tu ada, tapi sapalah apit kan? Mana ada perempuan nak pandang. Hehehe. Karang kita tiba-tiba tegur, depa kata apa pulak kan… Tak semua perempuan yang macam tu, tapi kita tak tahu depa macam mana kan? So senyap je la. Teringin nak kawan campur. Haish! Bukan pondan la, kiranya ada lelaki ada perempuan dalam satu group tu. Then sekarang tetiba pulak ada. Magic kan? Hehe.


Alhamdulillah. Mulanya kenal sorang dari kawan ni, kenal pun sebab nak ambil tiket bas je. Kawan lelaki apit yg kirim tiket tu suruh bagi dekat apit sebab perempuan tu naik satu bas dengan apit kan. Memula memang tak kenal. Tengok keliling ada la sorang perempuan ni duduk depan mata apit je bertudung ayu dengan kaki bersilang dan baca majalah bagai. Wahhhh. Target pertama! Saja try teka tu perempuan yang apit patut jumpa ambil tiket. Rupanya betul. Segan sat la. Dah ambil tiket, dalam bas duduk sebelah dia pulak. Tu bukan segan sat dah, segan lama la. Bas 3jam baru sampai destinasi. *Dalam kepala, hok aloh kawan aku ni pekena aku ke?


Bila dekat poli mula la lepak dengan kawan-kawan depa yang lain. Apit bukan kenal sangat diorang. Buat-buat kenal, masuk line je. Hehe. Adalah jugak geng campur kannn. Al-Maklumlah courses yang apit ambil tak ramai perempuan. Sekarang ni dekat T
aiping, macam biasalah ada geng campur gak. Sempoi! Haha. Lama tak lepak geng-geng lama. Cuti ni lepak! Outing ramai-ramai.  Jom jom…



Thursday, April 4, 2013

Surat 'Cinta' Pertama

30 March 2013

Assalammualaikum wbt… Selamat malam kepada yang membaca pada waktu malam. Selamat siang untuk yang membaca pada hari yang cerah dan selamat sejathtera untuk semua.

Fuh! Penat. Ok! Baru bangun dari tidur ni, pukul 12.30 malam. Hehe. Orang asrama memang macam ni. Jangan nak buat muka pelik. Apit penat sangat, that’s why tidur bangun pukul 12.30 malam. Tu pun ingat akan kewajipan. Kalau tak ingat, membuta sampai ke pagi la jawabnya.

Tahukah anda bahawa Mohamad Shafiq bin Abdul Malek yang juga pemilik penuh blog bernama ShuMi-CuMi merupakan antara orang yang mendapat surat 'cinta' kerana tidak menghadiri kuliah kursus AA101. AA101 merupakan subjek yang amat mementingkan kewajipan dan keislaman.
Bukan apit tak nak hadir tapi dah tak dapat nak hadir, tak kesampaian. Minta maaf la ustazah. Actually, 2jam tu terbangun lewat, 2jam lagi buat urusan PTPTN. Patut diberi pelepasan tapi dianggap ponteng nak buat macam mana kan? Redha je la.


Surat pertama, subjek agama. Walawei, buat malu aje. Lepas ni tak boleh terlepas kelas dia dah, kena kejar macam mana pun mesti kena tanda kehadiran tu. Kalau tak final exam kena gantung, mampus aku. Tak sanggup den. Isnin ni apit ada English Presentation. Biasalah oral tapi power point pun tak buat lagi. Susah taka da barang IT ni. Nak buat kerja, pening kepala duk pikir. Doakan apit ye. Moga-moga dapat keputusan yang baik. Isnin jugak la ada test bagai. Dekat final exam memang macam ni. Mulu pun duk buat bentuk O, tanda paham. Cerita Kehidupan sudah lama tak sambung. Sorry... Apit tak ada masa *tak ada idea*

Aku bagaikan sang putera hati,
termimpi-termimpi, termimpikan mu...
Ingin ku mencintai dirimu
hinggaku-hinggaku, hinggaku mati…

Pasal entry sebelum ni apit ada post lirik lagu kan? Ada sesiapa nak cadangkan tajuk lagi tak? Kalau ada komen la. Terima kasih.